RM24.00
Keturunan Pemburu Pemungut Lanoh Terakhir di Malaysia
Price RM24.00
Brand Penerbit USM
Size (L x W x H) 32 cm x 44 cm x 10 cm
Availability 14
Quantity
Description

Buku ini membincangkan sejarah, etnografi dan arkeologi masyarakat Lanoh, salah satu dari subkumpulan Negrito di negara ini. Data-data etnografi, sejarah dan arkeologi ini selain memperkayakan data-data sedia ada yang merupakan satu perspektif penting dalam kajian arkeologi khususnya etnoarkeologi, ia juga selari dengan matlamat menjadikan kajian arkeologi bersifat multidisiplin. Sebagai satu kajian etnoarkeologi, buku ini memaparkan data-data etnografi masyarakat kontemporari yang menjadi satu jendela untuk memahami tingkah laku, budaya dan cara hidup masyarakat prasejarah khususnya yang menghuni Lembah Lenggong. Selain itu buku ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan melestarikan warisan budaya. Penggunaan bahasa dan penyampaian yang mudah difahami, buku ini disarankan sebagai bahan bacaan dan rujukan semua peringkat masyarakat sama ada ahli akademik, pentadbir, ahli politik, pelajar dan masyarakat umum.

 

Judul ini tersenarai dalam 50 Best Malaysian Titles for International Rights 2014, oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews