RM35.00
Mabuk Mistikal Semiotik Metafizik dalam Kuda Kepang Mabuk
Price RM35.00
Brand Penerbit USM
Size (L x W x H) 32 cm x 44 cm x 10 cm
Availability 93
Quantity
Description

Buku ini membincangkan hubungan penyampai, penanda dan petanda dalam persembahan Kuda Kepang Mabuk. Fokus utama ialah fenomena mabuk yang dialami oleh pemain (penari) sewaktu melakukan persembahan. Tumpuan penulisan ini juga melihat sejauh mana peranan alam ghaib (meafizik) mempengaruhi pemilihan, penyediaan dan penyusunan kod semiotik dalam pelaksanaan persembahan KKM sehingga memungkinkan berlakunya fenomena mabuk. Penelitian terhadap persembahan KKM adalah berdasarkan teori semiotik dengan mengaplikasikan dua kaedah, iaitu Sistem Komunikasi Teater dan Sistem Tanda Teater, di samping teori resepsi yang turut digunakan.

Peranan alam ghaib dalam mempengaruhi pemilihan, penyediaan dan penyusunan kod utama. Pertama, kod bersyarat, kedua, kod separuh bersyarat dan yang ketiga ialah kod bebas. Daripada ketiga-tiga kod tersebut, kod bersyarat merupakan kod yang paling dominan kerana kehadirannya memungkinkan berlaku fenomena mabuk ekoran hubungannya yang kuat dengan alam ghaib. Penulisan ini merungkaikan bahawa dalam persembahan KKM, gambuh (pengarah) bukan semata-mata menggunakan imaginasi dalam mencipta kod, sebaliknya turut dipengaruhi dan ditentukan oleh alam ghaib.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews