RM29.00
Merintis Jalan ke Antartika (Soft Cover)
Price RM29.00
Size (L x W x H) 32 cm x 44 cm x 10 cm
Availability 41
Quantity
Description

Antartika benua yang terpencil, paling tandus, paling sejuk dan tidak berpenghuni. Ia merupakan kunci kepada kefahaman kita tentang bagaimana dunia ini berfungsi. Bagi pengembara terdahulu, Antartika umpama medan perjuangan hidup. Bagi para saintis, ia kekal sebagai tempat mencabar minda dan intelektual manakala bagi pelancong Antartika merupakan sebuah benua yang menyimpan seribu satu rahsia keindahan alam. Pengalaman berpijak di bumi Antartika merupakan sesuatu yang indah, umpama mimpi jadi nyata. Tidak pernah terlintas di fikiran bahawa suatu hari nanti, segala mimpi akan menjadi realiti. Kesempatan yang diperoleh ini diguna sebaik mungkin dengan menjalankan beberapa kajian mudah dan pemerhatian di samping berbincang dengan pihak-pihak tertentu untuk mengadakan projek penyelidikan di Antartika dalam bidang Biologi.

Sehubungan itu, buku ini ditulis berdasarkan pengalaman yang dilalui penulis sepanjang berada di Antartika. Buku ini memuatkan 14 bab yang menceritakan pelbagai peristiwa menarik ketika di Antartika termasuk pertemuan dengan saintis-saintis ternama dari Jerman, Australia, New Zealand dan Argentina; pengalaman di stesen Esparanza; peluang menaiki kapal Almirante Irizar; tinjauan di gunung berapi Decepcion Island dan sebagainya. Dengan bahasa yang mudah dan terma saintifik yang minor, buku ini cuba mengajak pembaca untuk bersama-sama menghayati dan menghargai keindahan Antartika.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews