RM48.00
Modul Aktiviti Fizikal Harian untuk Perkembangan Murid dengan Autisme
Price RM48.00
Brand Penerbit USM
Size (L x W x H) 44 cm x 32 cm x 10 cm
Availability 500
Quantity
Description

Buku ini diilham dan disusun berdasarkan kepakaran dan pengalaman penulis dalam bidang ini. Kandungannya memperkenalkan pelbagai aktiviti fizikal harian (AFH) khususnya bagi murid dengan autisme. AFH ini digunakan untuk membangunkan aspek-aspek sosial, komunikasi, intelek, pengawalan emosi, peningkatan prestasi dan kesihatan fizikal murid dengan autisme. la meliputi aktiviti-aktiviti fizikal berbentuk kecergasan dan kecerdasan, sukan dan permainan, pengajaran dan pembelajaran, serta kemahiran. Selain itu. AFH merupakan suatu pendekatan untuk meningkatkan potensi murid dengan autisme dalam pelbagai aspek agar mereka dapat menjalani kehidupan harian dengan sempurna. Buku ini dapat dijadikan panduan oleh guru, ibu bapa, penjaga dan masyarakat umum dalam melaksanakan pelbagai bentuk aktiviti fizikal untuk perkembangan murid dengan autisme dari pelbagai aspek. Di samping itu, buku ini juga merupakan sumber rujukan untuk pembaca mengendalikan aktiviti fizikal yang memfokuskan aspek kecerdasan fizikal murid dengan autisme sama ada di dalam mahupun di luar sekolah.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews