RM37.10 RM53.00
Ensera Ayor: Epik Rakyat Iban
End In :
Price RM37.10 RM53.00
Brand Penerbit USM
Size (L x W x H) 32 cm x 44 cm x 10 cm
Availability 321
Quantity
Description

Kajian tentang sastera rakyat Iban yang dikenali suku Iban sebagai leka main memang sudah banyak dilakukan. Buku ini memberi fokus kepada salah satu daripada genre leka main yang unik dan jarang mendapat perhatian, iaitu ensera atau epik rakyat. Ensera adalah cerita kepahlawanan yang mengagungkan wira dan kebaktian kewiraan. Salah satu daripada epik kepahlawanan tersebut ialah Ensera Ayor yang meraikan Ayor sebagai wira rakyat Iban yang ulung. Berbeza dengan kajian sebelumnya, kajian ini bukan sahaja mendokumentasikan teks ensera tersebut, tetapi juga meletakkannya dalam konteks sastera rakyat Iban secara keseluruhannya, termasuk jenis, ciri dan fungsi kemasyarakatannya. Untuk membolehkan teks ini dimanfaatkan secara lebih luas, maka teks ini turut diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Justeru, buku ini dianggap sebagai satu sumbangan yang cukup signifikan kepada pengkaji folklor.

 

Judul ini tersenarai dalam 50 Best Malaysian Titles for International Rights 2013, oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews