Price | RM22.40 RM32.00 |
Brand | Penerbit USM |
Size (L x W x H) | 32 cm x 44 cm x 10 cm |
Availability | 200 |
Quantity |
|
Buku ini menghuraikan bahasa Melayu kreol Chetti yang dituturkan oleh masyarakat Chetti yang menetap di Kampung Tujoh, Gajah Berang, Melaka. Masyarakat Chetti yang dimaksudkan ialah masyarakat Peranakan Hindu Melaka yang disebut juga sebagai Hindu Peranakan atau Indian Babas. Bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Chetti ini ialah sejenis bahasa yang dianggap kreol yang diberi nama bahasa Melayu kreol Chetti. Selain menghuraikan latar belakang etnografi umum masyarakat Chetti, buku ini turut membincangkan persamaan leksikal dan fonologi kreol Chetti ini dengan dialek Melayu dan beberapa kreol Melayu lain yang terdapat di Nusantara. Huraian ini memberikan gambaran umum tentang budaya masyarakat Chetti ini, mengenal pasti perbezaan masyarakat ini dengan masyarakat India Tamil yang lain, dan menonjolkan keistimewaan dan keunikan bahasa mereka yang memperlihatkan percampuran bahasa Melayu dengan Tamil.