RM55.00
Kaedah Penilaian Kesesuaian Tanah Untuk Petempatan Pascabencana
Price RM55.00
Brand Penerbit USM
Availability 300
Quantity
Description

Penggabungan dan pengasingan kaedah kuantitatif dan kualitatif secara teknik 'penyegitigaan' dalam sesuatu kajian diterjemahkan ke dalam buku ini melalui pembentangan projek kajian sebenar. Penyegitigaan ialah strategi, pelan dan struktur yang digunakan untuk mendapatkan jawapan kepada permasalahan yang dikenal pasti pada peringkat awal kajian. Bencana tsunami yang melanda Aceh, Indonesia pada tahun 2004 telah menarik minat penulis untuk menjalankan kajian penilaian kesesuaian tanah untuk petempatan pascabencana dengan menggunakan teknik penyegitigaan ini. Kajian ini dijalankan secara komprehensif berdasarkan persekitaran fizikal dengan mengambil kira risiko bencana dan implikasi sosial.

 

Buku ini diadaptasi daripada tesis doktor falsafah Muhammad Rusdi yang diselia oleh Ruhizal Roosli dan Mohd Sanusi S. Ahamad. Tesis ini telah dinobatkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Tesis Terbaik dalam Majlis Persada Kencana pada tahun 2017. Walaupun terdapat sejumlah buku di pasaran yang membahaskan garis panduan pembangunan dan teknik penelitian umum penyegitigaan, namun buku-buku tersebut hanya memberikan contoh penggabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif tanpa cadangan penyelesaian serta implikasi terhadap polisi pentadbiran dan persekitaran seperti yang dibincangkan dalam buku ini. Malah, buku ini turut memaparkan langkah demi langkah teknik penyegitigaan berdasarkan kajian kes berserta rajah dan penerangan lengkap. Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan bagi pengamal industri, pelajar, ahli akademik dan penyelidik.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews