RM35.00
Farmakoekonomi untuk Profesional Kesihatan
Price RM35.00
Size (L x W x H) 32 cm x 44 cm x 10 cm
Availability 283
Quantity
Description

Farmakoekonomi merupakan bidang yang baru di negara ini walaupun ia sudah pesat berkembang di negara-negara maju. Kepentingan aplikasi bidang farmakoekonomi dalam sektor kesihatan dan perubatan tidak dapat dinafikan terutamanya dengan peningkatan kos perkhidmatan perubatan dan faktor permintaan masyarakat dan pada masa yang sama masyarakat dan negara dibebani masalah sumber yang terhad. Buku ini ditulis untuk pihak yang terlibat dalam amalan kesihatan, penyelidikan dan pelajar-pelajar yang bakal menjadi profesional kesihatan. Ia ditulis secara ringkas bagi membantu pembaca memahami konsep asas, proses dan langkah-langkah dalam aktiviti penyelidikan farmakoekonomi. Ia juga dimuatkan dengan beberapa contoh yang relevan dan soalan latihan agar pembaca dapat memahami konsep dan prinsip yang diterangkan. Penulis berharap buku ini dapat meningkatkan lagi pemahaman pembaca tentang bidang ini, seterusnya lebih ramai pelajar dan pengamal perubatan berminat untuk mencebur diri dalam bidang penyelidikan farmakoekonomi.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews