Price | RM35.00 |
Brand | Penerbit USM |
Size (L x W x H) | 44 cm x 32 cm x 10 cm |
Availability | 660 |
Quantity |
|
Buku ini bertujuan memberi pendedahan tentang penulisan akademik di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Penilaian prestasi pelajar peringkat IPT turut merangkumi penilaian bagi setiap tugasan penulisan akademik. Buku ini merangkumi pengenalan kepada penulisan akademik seperti asas penulisan, asas sorotan literatur, jenis dan format umum penulisan akademik, panduan dan langkah sistematik dalam penulisan esei dan laporan amali, panduan ringkas penulisan tesis serta kaedah menulis rujukan dalam teks dan senarai rujukan. Buku ini juga memberi penerangan tentang jenis kesalahan akademik seperti plagiarisme, fabrikasi, dan pakatan atau komplot yang perlu dielakkan oleh pelajar. Buku ini dapat memberikan input yang berguna kepada pelajar yang baru menjejakkan kaki ke IPT mahupun pelajar peringkat sarjana dan kedoktoran. Dapatkan panduan sistematik penulisan akademik daripada peringkat awal penulisan sehingga ke peringkat rujukan dalam Panduan Penulisan Akademik (Edisi Baharu) ini.