Price | RM33.60 RM48.00 |
Brand | Penerbit USM |
Size (L x W x H) | 32 cm x 44 cm x 10 cm |
Availability | 174 |
Quantity |
|
Buku ini membincangkan perkembangan, kekuatan dan pengkhususan bidang penulisan di Pulau Pinang dari dahulu hingga ke hari ini. Buku ini memaparkan secara komprehensif tentang sumbangan penulis-penulis di Pulau Pinang yang menulis dalam pelbagai bidang seperti sastera, sejarah, warisan, seni persembahan, agama Islam, sains dan teknologi dan kepenggunaan serta mengemukakan tokoh-tokoh yang penting dalam penulisan di Pulau Pinang. Buku ini juga adalah buku pertama yang mengemukakan sumbangan tiga kelompok penulis di Pulau Pinang di dalam satu buku iaitu penulis Melayu, Cina dan Tamil. Selain daripada bidang penulisan, sumbangan tiga kelompok penulis ini mencerminkan betapa pesatnya bidang penulisan di Pulau Pinang. Beberapa bab yang terdapat di dalam buku ini memperkatakan perkara-perkara yang belum dituliskan lagi secara yang boleh dipertanggungjawabkan, seperti penulisan tentang pengarang manuskrip dan sejarah percetakan di Pulau Pinang, perkembangan penulisan kreatif seperti novel dan cerpen, memperkenalkan nama-nama penulis kreatif daripada bangsa Melayu, Cina dan India di Pulau Pinang. Buku ini juga membincangkan ketokohan beberapa tokoh penting seperti Ahmad Rijaluddin di dalam bidang sastera, Mohd Yusoff Sultan Maidin di dalam bidang sejarah, Tan Sooi Beng dan Khoo Salma Nasution di dalam bidang seni dan warisan.