RM62.00
Pengaplikasian Teknologi dalam Pengajaran & Pembelajaran
Price RM62.00
Brand Penerbit USM
Size (L x W x H) 44 cm x 32 cm x 10 cm
Availability 299
Quantity
Description

Buku ini merupakan gabungan lapan bab yang dihasilkan berasaskan pengaplikasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Bab-bab yang terpilih ini mengkaji dan menilai kemenjadian teknologi pendidikan di Malaysia. Aspek-aspek yang dikaji merangkumi impak teknologi pendidikan dalam pembelajaran prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Di samping itu, aspek lain termasuk melihat kesan teknologi terhadap bidang STEM dan juga membincangkan kesediaan guru dalam dalam menggunakan teknologi digital bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0. Bab 1 dan Bab 2 menyentuh aspek kajian-kajian yang dijalankan pada peringkat sekolah rendah dan prasekolah; yang mengaplikasikan teknologi pendidikan dalam perlaksanaan PdP. Bab 3, Bab 4, Bab 5 dan Bab 6 pula melibatkan dapatan kajian berasaskan perisian atau aplikasi mudah alih serta potensi dan cabaran pengaplikasian perisian atau aplikasi mudah alih serta potensi dan cabaran pengaplikasian perisian atau aplikasi mudah alih dalam pengajaran, manakala Bab 7 dan Bab 8 membincangkan aspek penerimaan dan potensi penerimaan teknologi pendidikan bagi menghadapi Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Kesimpulannya, buku ini melaporkan aspek cabarab yang dihadapi dalam kaedah pengajaran berasaskan teknologi berdasarkan kaedah pengajaran sedia ada, tahap penerimaan dan kesediaan guru serta pelajar, serta potensi dan manfaat aplikasi sebagai bahan bantu mengajar bagi memenuhi keperluan PAK21.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews