RM50.00
Prinsip Kristalografi Sinar-X
Price RM50.00
Size (L x W x H) 32 cm x 44 cm x 10 cm
Availability 376
Quantity
Description

Buku teks yang sangat berguna yang merangkumi semua aspek asas kursus kristalografi moden dengan cara yang akan menarik minat siswazah.

Profesor Paul R. Raithby, University of Bath


Prinsip Kristalografi Sinar-X memberikan panduan yang jelas dan ringkas kepada alam molekul tiga dimensi, dan panduan yang lengkap untuk sesiapa sahaja yang berhadapan dengan teknik ini untuk kali pertama. Buku ini ditulis untuk mencabar pembaca untuk melihat struktur tiga dimensi, dengan penulisan yang tepat dan ringkas, teks yang diperkaya dengan contoh sebenar, rajah, latihan dan aktiviti. Buku ini menggunakan pendekatan tutorial yang membawa pembaca melalui konsep utama dalam bentuk yang tersusun rapi dan langkah yang sekata, memberikan tahap perincian yang betul untuk memastikan kejelasan, tanpa maklumat yang berlebihan.

Pengetahuan struktur tiga dimensi amat penting untuk memahami fungsi molekul, oleh itu Prinsip Kristalografi Sinar-X ialah panduan yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang inginkan pengetahuan tentang kristalografi sinar-X.

Permulaan yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang masih baharu dengan teknik ini.

Memberi penekanan kepada pembelajaran aktif dalam Latihan pembelajaran kendiri tutorial dan Aktiviti terus, serta gabungan ilustrasi dan teks yang jelas, menjadikan buku ini mudah dibaca dan dipelajari.

Tanpa perincian matematik yang berlebihan, sebaliknya menumpu kepada konsep utama untuk mengenal pasti proses matematik yang kini dilakukan oleh komputer.

Mencakupi aspek kristalografi molekul kecil dan makromolekul, serta persamaan dan perbezaan antara kedua-duanya.

Menyelami prinsip teori yang menjadi asas teknik kristalografi sinar-X dan amalan mengumpul dan menganalisis data, untuk menghasilkan pengetahuan yang seimbang dan menyeluruh tentang bidang ini.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews