RM32.00
Sekolah Agama & Pendidikan Islam Negeri Johor: Agenda Transformasi
Price RM32.00
Size (L x W x H) 32 cm x 45 cm x 10 cm
Availability 36
Quantity
Description

Perbincangan buku ini tertumpu kepada tiga persoalan penting dan besar dalam pendidikan Islam di Johor, iaitu membangunkan masyarakat Muslim moden di Johor sesuai dengan transformasi sosioekonomi negeri melalui perubahan peranan pendidikan Islam, menjamin kelestarian sistem pendidikan Islam di Johor dan menyelesaikan pertentangan antara tradisi dengan transformasi pendidikan Islam. Buku yang memaparkan enam buah makalah yang digarap daripada hasil penyelidikan ini menggabungkan penulis daripada pelbagai disiplin dalam bidang kemanusiaan dan sains sosial, iaitu daripada bidang pendidikan, geografi dan pengajian Islam. Gabungan pelbagai disiplin seperti ini adalah unik kerana ia jarang dilakukan dan setiap penulis telah berusaha menjalankan sebuah penyelidikan multidisiplin yang melibatkan hal-hal berkaitan pendidikan Islam di Johor. Buku ini amat sesuai sebagai bahan rujukan di peringkat sekolah dan universiti serta sesuai dibaca oleh semua golongan masyaarakat.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews