RM40.00
Revolusi Perancis 1789-1799
Price RM40.00
Size (L x W x H) 23 cm x 15 cm x 3 cm
Availability Out Of Stock
Description

Buku ini membincangkan perisitiwa sejarah revolusi besar di Eropah yang jarang-jarang disentuh atau dibincangkan, apatah lagi secara mendalamoleh ahli sejarah tempatan. Dengan mengambil kira wujudnya pelbagai perspektif dan tafsiran berbeza tentang sejarah Revolusi Perancis 1789, buku ini cuba meneliti dan memaparkan semula sejarah revolusi itu dengan melihatnya dari pelbagai sudut dan aliran secara seimbang, daripada Ortodoks-Marxis hingga Revisionis dan pasca-Revisionis. Di sebalik sanjungan terhadap revolusi itu, buku ini turut menjelaskan bahawa Revolusi 1789 sebenarnya gagal dan mewujudkan malapetaka kepada masyarakat Perancis yang mengorbankan rakyat yang tidak bersalah. Penulisan dalam buku ini dapat mendedahkan pembaca, khususnya peminat sejarah dan para pelajar tentang betapa pentingnya memahami peristiwa sejarah secara teliti dan objektif tanpa bergantung hanya pada sesuatu tafsiran tertentu.

Penerbitan buku ini bukan sahaja dapat menyumbang kepada ilmu pengetahuan sejarah yang lebih luas dan seimbang, bahkan dapat menjadi rujukan penting untuk pelajar dan peminat sejarah dalam memahami sejarah Revolusi Perancis yang ditulis secara ilmiah dalam bahasa Melayu.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews