Price | RM33.00 |
Brand | Penerbit USM |
Size (L x W x H) | 32 cm x 44 cm x 10 cm |
Availability | 56 |
Quantity |
|
Buku ini membincangkan hubungan antara Tuhan, manusia dan alam di dalam al-Qur'an. Perbincangan ini dikhususkan kepada idea Toshihiko Izutsu, seorang sarjana Asia bukan Islam dari Jepun yang terkemuka dalam bidang kajian Islam yang menyatakan bahawa analisis semantik dapat digunakan untuk mengkaji al-Qur'an berkenaan isu tersebut. Mengikut pandangan Izutsu, perbezaan pendekatannya terletak terutama pada kaedah analitik yang beliau terapkan pada data al-Qur'an dengan tujuan untuk membiarkan al-Qur'an mentafsirkan konsepnya sendiri dan berbicara untuk dirinya sendiri. Melalui kajiannya juga, sarjana Jepun ini berkeyakinan bahawa al-Qur'an itu berasal daripada Allah S.W.T, dan bukan buatan Nabi Muhammad S.A.W. Justeru, satu-satunya buku dalam bahasa Melayu yang membincangkan pemikiran Toshihiko Izutsu berkenaan tuhan, manusia dan alam di dalam al-Qur'an ini adalah rujukan wajib untuk pelajar universiti dan pengkaji dalam bidang ini.
Judul ini tersenarai dalam 50 Best Malaysian Titles for International Rights 2014, oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).