RM29.00
Undang-undang Timbang Tara dalam Industri Pembinaan
Price RM29.00
Size (L x W x H) 32 cm x 44 cm x 10 cm
Availability 292
Quantity
Description

Aspek-aspek berkaitan penyelesaian pertikaian alternatif dalam projek pembinaan menjadi fokus khusus buku ini dengan menjurus kepada timbang tara. Ia membincangkan konsep penyelesaian pertikaian alternatif secara umum, konsep timbang tara itu sendiri dan hubung kaitnya dengan penyelesaian pertikaian dalam industri pembinaan, tidak ketinggalan aspek kebaikan dan kelemahan timbang tara serta faktor-faktor penyumbang kejayaan dan kegagalan proses penimbangtaraan. Turut disentuh hubungan dan status perjanjian timbang tara di sisi beberapa statut termasuk Akta Kontrak 1950, Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 dan Akta Prosiding Terhadap Kerajaan 1956. Rujukan khusus kepada Akta Timbang Tara 2005 digunakan sebagai asas perbincangan buku ini, terutama tentang prosedur dan pemakaian statut berkaitan timbang tara di Malaysia. Buku ini sesuai untuk pelajar kursus alam bina dan undang-undang, para profesional berkaitan, dan pentadbir atau pengurus organisasi (swasta atau kerajaan) yang terlibat dengan projek pembinaan. Buku ini juga sesuai sebagai bacaan pihak lain yang mempunyai hubung kait dengan pembinaan.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews